sape.folow.aku.bagi.seposen

Thursday, June 13, 2013

kisah pejabat pos.

ASSALAMUALAIKUM.

aku rasa 1 Malaysia sedia maklum yg pejabat pos ada sediakan perkhidmatan pos laju dan pos ekspress.

jadi. tadi.
aku dtg bwk 1 dokumen.
masuk pejabat pos. nak hantar ke rengit.
bukan kali pertama. seingat ak 3,4 kali. tempat sama.
beratur. xramai. dlm 4 org makhluk.

aku : saya nak wat pos eksress. size A4.
gadis : sampul size 2 da habis.
aku : ha?? habis? jd mcm mane ye. sy urgent nk pos dokumen ni.
gadis : emm memang dh hbes. kene gune sampul sndiri.
aku : sampul sendiri?? sy sblum ni ok je mcm ni. em hbes xdpt pos hari ni ke?
gadis : a.ah. mcm 2 lah, hbes sampul 2 da hbes. (muke mls nk layan, terus attend minah blakang aku)

eh??
pejabat pos tp tak ada smpul surat?
pejabat pos tp tak leh pos?
tak pe lah. mungkin salah ak gak.
aku pun dalam terik menapak mencarik la sampul.
naseb dpt.
kuning coklat2. size A4.

beli. masuk kan dokumen. jilat dan gam.
masuk balik. beratur. xramai org. ada 2 je makhluk.

aku : sy nak wat pos ekspess. yg sampai esok 2. size A4.
gadis : oh nak yg mcm 2 ke. 2 kat atas. (muke kelat, sengih2)
aku : (muke dah lain da. nape xckp dr tadi)
atas bkn untuk byar bil ke? ye laa. ok tak pe.
(ak baru nak pusing)
gadis : eh jap. akak nk hantar mane?
aku : johor jugak.
gadis : johor kat ne.
aku : bt pahat.
gadis : ye lah parit raja ke. bandar.
aku : rengit.
gadis : ohh sy rasa 2 hari bru sampai.
aku : walau gune pos ekspess?? sy x nak wat pos laju.
gadis : iye. pos eksress pun sama jek.
aku : kata dijamin sampai esok?
gadis : tak ada lah! 2,3 hari gakkk..
(nada memerli yg ujung dia nada panjang tu ha)
aku : hm ye lah dik. terima kasih.

HADOI!!!
dalam kes ni. aku ke bdk 2 yg pos yg xbtl.

aku dah state dah aku nak pos eksress. size A4. dari mula lagi.maknanya yg mcm sampul ala-ala kotak 2 kan?
dia jwb habes. gune sampul sendiri.
unacceptable. mcm mane pjbt pos ekspress leh mcm lepas je kata habes. dia kan leh cadang kan size lain.
ibarat g kedai burger, nk order burger tapi daging burger hbes. so kene bwk daging sendiri.

eh??
ok takpe. aku leh tahan.
aku dah adakan sampul.
baru dia boleh sengih2 ckp aku salah kaunter.
HOI!!! Erghh sape pn boleh naik angin kan?
nape tak bgtau aku dr mule2.
tak pun as a human.
say la sorry.
ini tak.
muke ketat. nada memerli. mata melilau atas bwah. tgok jam ko, cincin ko bagai.

eh??
tak pe lah. salah ak gak.
tak tanye dulu kan.
maen assume kaunter sama.
(walhal aku dah penah wat. MEMANG di kaunter yg sama)

nak g lah. tp dia leh lg soal jwb aku mcm ape.
pastuu senang je jwb.
memang tak kan sampai esok punye.
mcm xada rasa t/jawab je.

eh??
bukan tagline korang
DIJAMIN SAMPAI ESOK ke.

dah. malas. penat. panas. haus.
aku blah dari pejabat pos dgn perasaan hampa lagi membengangkan.

psst : aku dah gune perkhidmatan pos ni dah lama. dah byk kali.
service ok. superb je.
tapi yg ni lah. kali ni. paling erghhh sekali.

mungkin hari ni hari malang aku kot.

..suara tak ada
..terlajak tido
..kene sound ngn org opis
..meeting yg haihh susah nk eksplain
..blek 3.30 ptg
..xdpt jugak pos dokumen 2

pfffttt~~~~
o_O


thanks!! with love ; ipa faiza.

Sunday, June 9, 2013

dia hanya kawan.

ASSALAMUALAIKUM.

ada satu kawan.
seronok dengan dia.
dia menyejukkan aku.
dia kenyangkan aku.

yang paling penting.
dia ketawakan aku.

dia baik.
selalu ada bila cuaca aku mendung.
selalu pujuk bila langit aku hujan.
selalu sokong bila awan aku cerah.
selalu tenang bila matahari aku terik.
dia ada.
dan aku suka.

dia comel.
lagi comel dari aku.
dia kata dia suka menyanyi.
eh sama lah mcm aku.
tapi kami bukan lah nak masuk AF.
apatah lg kilauan emas.
cuma suka-suka.

dia matang.
kata-kata dia selalu buat aku terdiam.
pendapat-pendapat dia selalu buat aku terpaku.
pastu aku marah.
aku melenting.
sbb apa dia ckp semuanya betul.
tentang aku.

tapi dia kawan.
hanya kawan.
aku cuba letak dia atas dari kawan.
tapi tak mampu.
tapi tak kuat.

mana silapnya. aku pn xnampak.
mana kurangnya. aku pn xtahu.
tapi aku rasa.
aku rasa dia hanya kawan.

terima kasih untuk masa yang dah terbazir teman aku.
terima kasih untuk jari yang dah lenguh sms aku.
terima kasih untuk hati yang dah ada nama aku.

maaf untuk harapan yg aku dah bagi.
maaf untuk sayang yg aku dah curah.
maaf untuk segalanya.

aku bukan tipu.
harapan aku benar.
sayang aku bkn palsu.
tapi
perasaan aku kuat
hanya kawan.

tapi jgn lah risau kawan.
ALLAH itu Maha Penyayang.
Dia tahu apa yang baik utk hambaNya.
kalau kawan rasa aku terbaik buat pelengkap hidup.
kalau kawan rasa aku terindah untuk dijadikan suri hidup.
doa lah. mintak pada Dia.
usaha lah. mohon pada Dia.
pasti DIA beri.
kalau tak aku.
mungkin yg jauh lebih baik dari aku.
siapa tahu kan?

dan kalau sampai waktu itu.
dan kalau dengan izin Tuhan.
dan kalau dah jodoh aku.

kawan pun boleh jadi suami.
:)

***buat kawan itu, terima kasih.


thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, May 14, 2013

GEMILANG sgt sgt.

ASSALAMUALAIKUM
selamat sejahtera ke atas kamu semua.

aku baru lepas keluar dari 3Gemilang.

YA ALLAH.
ak tak pernah rasa seronok masuk kelas ni.
keluar je ak mesti penat sungguh.
sakit-sakit tekak.
lenguh kaki tangan.
hati yang membengkak.
kepala yang bengap.
penyesalan yang tinggi.
dosa yang byk.
sbb hari-hari ada aje maki hamun yang keluar dari mulut aku ni.

lagi-lagi tadi.
musim exam.
seksanya Tuhan aja yg tahu.

belum edar kertas soalan
dah ada beg putus.
air tumpah.
seluar terbukak zip.
baru edar kertas soalan
dah ada yang koyak.
dah ada meja yg terbalik.

ok.
suruh buat.
boleh mula menjawab.
dah huru hara.
cikgu lau xbuat boleh x?
cikgu lau xnak jwb mcm mana?
cikgu ni dia suruh buat karangan ea?
cikgu dia kentut.
cikgu dia pijak kasut sy.
cikgu dia ckp babi.
cikgu dia amek pen sy.

pemadam berterbangan.
kertas soalan yg bru bg tadi,
yang tadi tu
dah jadi kapal terbang.
dah jadi kertas potret lukisan abstrak.

aku jerit
DIAM!!
SIAPA CAKAP CIKGU AMBIK KERTAS DIA.
BALIK LAMBAT LA KAMU.

krik. krik.
2 saat je.

cikgu dia ckp.
cikgu dia pusing2.
cikgu dia ketawa.
ada yg gelak tibe2.
ada yg berdiri duduk semula.
ada yg jalan ke depan tapi patah ke meja semula.

ALLAH!!

last2
SAPE BERCAKAP, SAYA PUKUL MULUT DIA.

krik.krik
5saat.

hey ko tgok aku.
dia ni cikgu.
hey ko tolak aku.
tgok dia ni cikgu.
hey bodoh bak sini pen.
hey babi nak liquid.
hey bongok nak pembaris.

aku dtg.
aku pukul.
PAP PAP kat mulut.
sorang, 2 orang, 3orang, 4orang.
serius sakit jugak tangan.

tiber2 GRRUHHHHH. GURUH.
HARI HUJAN.

habis satu kelas bersorak
YEAY!!! YEAY!!
HUJAN! HUJAN!
siap bangun g tingkap.

aku.
memandang sepi

datang cikgu matematik.
cikgu selepas aku.
lelaki. senior.
dia masuk je.

SENYAP!!!!
HUWARGHHH.
apa salah aku???!!!!!!

YA ALLAH.
berikan aku ketabahan,
kekuatan, kesabaran,
KEIKHLASAN
dalam membimbing
dan mencurah ilmu pada anak-anak muridku
kurniakan aku celik akal
agar aku dapat menjalankan
kaedah-kaedah terbaik
dalam menarik perhatian mereka
dalam menarik perasaan mereka
dalam membentuk minat mereka
untuk cintakan ilmu
sesungguhnya aku insan yang lemah
YA ALLAH.


thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, May 9, 2013

takde pasal cari pasal.


ipah ni degil tau.
mengade-ngade.

bila dah diam.
dah tenang.
tangan menggatal.
kepala membengong.

bila dah jauh.
dah selamat.
otak mengingat.
fikiran terkenang.

bodoh.
org dah pergi jauh.
aku baru nak start enjin.
tu pun enjinnye mati-mati.

bila dah nampak.
dah tengok.
nafsu cemburu.
hati merindu.

arghhh.
cukup2 lah tu pah.
org tu dah nak bina rumahtangga.
bina masjid bina keluarga.

okeh.
fine.


**ape pn. semoga semua nya selamat. biarlah suri hidup abg tu suri sampai syurga. 







gambar sekadar hiasan. 



thanks!! with love ; ipa faiza.

Saturday, May 4, 2013

catatan 3.30 pg.

ASSALAMUALAIKUM.

waktu menaip ni.
pukul 3.25 pagi.
pagi tau bkn petang.
AM bkn PM.

tapi mata aku masih segar.
mata aku masih terkebil-kebil.
masih celik.
tak ngantok.

memang.
memang plan asal xnak ngantok.
sbb nak siapkan PPGB.
tp otak ak tepu.
pinggang ak bengkok.
kpala ak sakit.
badan ak letih.
pandang skrin laptop tu lelama.

cukup lah.
dgn 5 jam hari ni.
7 jam semalam.
puas dah aku rasa.

waktu2 mcm ni.
memang otak ligat berfikir.
bkn lah fikir formula hidgrogen jika nak tambah 100 atom.
atau fikir btl ke video saiful depan kaabah tu super imposed.
jauh sekali aku fikir ak nak rakam video gwiyomi upload kat youtube.
apatah jugak ak tengah fikir apa agaknya justin bieber tgah wat skrg.

tak lah.
bukan.

skrg.
otak aktif kenang.
otak ligat refresh.
otak cergas.
neuron2 tgah bersambung.
automatik dia ada connection dgn hati.
hati ibu kepada manusia.
hitam hati hitam lah perangai.
putih hati putih lah perangai.
hati boleh timbul kan perasaan.
perasaan itu nikmat.

jadi,
otak aku tengah fikir.
hati aku tengah rasa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kenapa lah aku minum nes o tadi sampai 2 cawan???
MENYESAL ko tahu tak MENYESAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

o_O


thanks!! with love ; ipa faiza.

Sunday, April 28, 2013

kawan jadi lawan.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda-anda di luar sana?
harap sihat sejahtera.
harap bahagia hidupnya.
harap tiada dendam sengketa.
hari ini, aku terpanggil utk share satu lg kejadian yg pernah berlaku.
pada aku dan juga kawan serumah aku.

citenye bermula bila ada kwn lama housemate aku nak dtg umah.
katanya nak melawat.
yg kami2 ni fikir.
nak hantar kad undangan kawin agaknya.

tiada prasangka. tiada prejudis.
dijemput dan diizinkan masuk.
bual-bual. tanya-tanya.
rupanya nak ajak join satu strategi perniagaan alaf baru yang katanya dpt untung beribu-ribu dlm sebulan.
hanya dgn alasan "test dulu, xjadi tak pe" kami pun sudi mengambil produk tu.
tak perlu aku sebut lah company ape.

dah masuk jam ketiga.
jam pun dah pukul satu.
mata dah layu.
otak dah tepu.
mulut jadi bisu.
terang lah ini itu.
ntah mcm mana setuju.
buat loan 30k sorang satu.

gila aku kata. mati izzah kata. bongok zila kata.
sebulat suara. nak cancel aja.

esok dtg sekolah. pd waktu berkerja.
pujuk ini kata itu. tunjuk segala.
tetap teguh. nasib iman kuat.
mampu menolak dengan sopannya.
walau dah kacau urusan kerjaya.
walau dah ganggu urusan peribadi.

last2
tak sanggup dikejar yg katanya tak memaksa.
tak sanggup dirayu yg katanya tak join pun tak apa.
tak sanggup jika loan 30k akan diproceed juga.
tak sanggup nak gaduh sbb produk yg "test dulu, tak jadi tak ape" tak boleh dipulang semula.
tak ingin jadi manusia kurang ajarnya melayan manusia tak faham bahasa.
terbuat loan 7k. semata nak settle bayaran produk yg terpaksa jadi empunya.

tapi. nanti dulu.
baru terperasan produk tak lengkap. masih tak dpt apa yg patot ada.
hold byaran. dan menunggu jawapan.

lama. msj x berjawab. kol x berangkat. fb on tp x berrespon.
tup2. dpt msj.
"bila nak buat pembayaran??"
eh! wujud lagi. hidup lagi.
tapi brg tak lengkap lg. tak kan nak bayar.
alasan lg diberi. ntah urusan ape lg yg dihadiri.
disuruh tunggu lagi dan lagi.

sampai ke detik hari ini. saat aku menulis ini.
tiada satu pun msj berbalas.
tiada satu pun kol diangkat.
jadi. loan dah dibuat. brg tak lengkap. tp tetap kena byar jugak. jd hutang dah double.

aku panggil manusia ini.
manusia paling dayus di muka bumi.
sampai kami satu rumah trauma dgn ajakan2 kawan lama yang tiber2 muncul bertanya khabar.
sampai kami sebulan duduk dalam rumah bergelap sbb takut manusia itu dtg dan dtg lagi.
sampai kami tertekan kene rahsiakan dr keluarga isu dah buat loan RHB.
gila.

itu kisah housemate aku dan aku.
belum lagi selesai. belum lagi habes urusannya.

baru-baru ni.
strategi yang sama. ajak jumpa.
aku ingat nak luah masalah.
aku ingat nak berkongsi duka.
aku tinggal urusan kerja.
meminjam kan sikit masa tuk dia.

tapi.
sama juga. company yg sama.
topik sama. pujuk sama.
ayat sama. nada pun sama.
tunjuk bukti kaya dunia.
provok tak mahu kah jadi kaya.
provok tak ingin kah kereta besar.
kata tak nak ke balas jasa ayah dan bonda.
kata tak nak ke jejak kaki ke luar negara.

STOP!!!!

aku jadi jijik pd manusia yang begini cara pemikirannya.
aku ingin jadi kaya. tapi aku tak mahu musuh sini sana.
aku nak balas jasa. tapi bkn harta yg mak ayah aku minta.
aku nak bahagia. tapi bukan dengan loan berjuta-juta tp barang belum pasti terjual.

aku tahu ramai akan kata..
ini usaha. ini bukan jenayah.
ini berniaga. ini ada hikmahnya.
ini murni jalanya. ini bukan salah.
ini bersih hasilnya.
ini halal produknya.

ya. aku faham.
aku bukan buta hukum. aku bukan kolot. aku bukan busuk hati.

tapi aku dah nampak. aku dah kene.
aku dah rasa. aku dah jadi mangsa.

usaha ke bila amanah kerjaya kau abaikan semata nak kejar ahli bawahan.
murni ke bila kau kata tak memaksa tapi kau dtg dan ganggu idup sesiapa. sampai awal pg.
bersih ke bila kuarga terabai, suami tak tahu kau berjalan sampai lewat pg nak pujuk org beli. kawan kau lari, kawan kau jd musuh bila kwn join kwn lain.
halal ke bila harga kau beli begitu tp harga kau jual begini.

pada aku ini bukan kaya yg aku cari.
pada aku ini bukan bahagia yg aku impi.

biarlah aku pakai saga secondhand tp kerja dan amanah aku buat sebaiknya.
biarlah aku tak dpt belikan mak rantai emas tapi doa dan ibadat aku tetap untuk mak.
biarlah aku tak dpt bg ayah duit cash tapi hati ayah tenang bila tahu idup aku selamat.
biarlah aku tak dpt melancong ke mana-mana, tapi malam aku tenang.
biarlah aku tak kawin dan tak buat majlis gilang gemilang tapi suami aku mampu bwak aku masuk syurga.
biarlah gaji aku ckup2. tapi aku tahu tak ada kawan aku yang berdendam pada aku.

biarlah...







thanks!! with love ; ipa faiza.

Saturday, April 20, 2013

terkena buatan orang?

Assalamualaikum.

aku taip entry ni dlm keadaan yg
tangan menggigil-gigil
hati berdebar-debar
kepala berfikir-fikir
akal terkenang-kenang
jiwa meronta-ronta

fuh dah kenapa pulak ye??
emm.

hehe. tak ada lah ape sebenarnya.
cuma
patot lah hati aku berat je nak balik kampung
rupanya nk dpt berita yg tak berapa nak best.

skrg.
aku tengah berteka-teki
aku sedang bersoal-jawab
mak tengah memujuk-mujuk
mak sedang bercakap-cakap

masalahnya.
bkn aku tak nak g berubat.
aku nak usaha.
aku nak percaya.
tapi
mcm belum sedia
mcm ntah ape-ape.

aku akui.
hidup skrg memang tunggang-langgang
sekejap kawan yg ni.
sekejap putus yg tu.
sekejap sayang yg ni.
sekejap benci yg tu.

byk tanda-tanda yg aku dah rasa
byk hint-hint yg aku dah dapat
aku suka org tu, org tu tak ingin aku.
aku tak ingin org tu, org tu suka aku.

*pause jap.
nak jwb soalan mak.

aduh.
stop la sampai sini dulu.

nak kene bg jawapan kt mak.
nak g berubat ke tak????
alaaaa

aku takut la sebenarnya!
tak suka tau mcm ni.
tak ada org lain ke yg kau nak dengki pun.
hmmm
:(


thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, April 16, 2013

seminar reunion.

assalamualaikum.

fuuh. u all nak tahu x. sepanjang minggu lepas. i tersangat lah busy.
bermula hari senin. sampai ahad. straight keje.
semua hari sampai petang.
yg paling best. sabtu ahad pun kerja!
sape kate jadi cikgu keje senang??!!
meh ak ketuk kepala dia.

minggu lepas jugak bertugas uji budak UJIAN TILAWAH dan HAFAZAN.
khamis kene siap 2 minit mesyuarat. by hook or by crook.
sepantas kilat tgan ak menaip menghentam ayat apa yg perlu.
tup2 jumaat ada majlis perpisahan pn. hajah haniza. mantan gpk pentadbiran. sedih wey.
bengkak gak mata menangis.
mana tak. hajah dah ada dari zaman skolah baru nak bukak kot.
dari 2003. sampai skrg. so byk jasa dia.
walaupun ak kategori guru baru yg xbape nak rapat. tetap terasa hilangnya satu permata di sekolah.

pastu sabtu ada MTQ. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN. kene jadi guru pengiring.
kene jadi emcee bidan terjun. nasib aku jenis muka selumber. lau x malu gak jadi pengacara tp tergagap2. hehe.

petang. ada majlis lagi. kat tg puteri resort. pun sayu gak.
dgn dpt berita x bpe nak best tentang majlis hari senin.
sok sek makin kuat. dan aku makin xada semangat nk kerja pas ni.
tanda2 akhir zaman kan.
bila manusia ingin di agung2 kan.
nauzubillah.

ahad. pagi2 buta dah ada di depae PERSADA JB.
ada ape ni?
seminar pengajian tinggi. jom masuk u.
so. name pun kaunselor. kene lah hadap.
diorang nak bg taklimat tentang kemasukan ke ipta/ipts/ikm/poli dan lain2.
yang enjoynye....
dapat HANG OUT NGAN MY BESTIES!!
YEAY.
terubat rindu. memang best. xdpt describe.
tgok gambar je lah.
jommm.

pss : mimi ku syg. jgn risau k. nanti ada masa kita hang out tau. RINDU MIMIOT SANGAT2 TAU. **hugs**


thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, April 9, 2013

Petanda mimpi.



aku ni bukanlah jenis yang percaya sgt dgn mimpi.
sbb aku ni jarang mimpi.
sbb tidur aku mmg biasenye lena.

kalau ade pun mimpi2 bende yg lompat2 tu je.
mcm sekejap kat sini.
sekejap kat london.
pas tu jumpe org ni.
jumpe org tu.
*aku rasa semua org penah mimpi ni kot. hehe.
dan aku percaya kalau mimpi kite ade muke2 org tertentu tuh.
sbb kite punye mind kdg2 mcm selalu fikir diorang.
atau pun mcm selisih ke. terjumpe ke.
tahu2 masuk dalam mimpi..
lebih kurang mcm tu lah.

tapi sejak dua menjak ni.
berderet2 harinya.
aku mimpi aku tengah buang air besar.
or bahasa senang nak faham BERAK.

ade sekali tu aku berak diam2 je dlm toilet sorang2.
ade jugak aku berak ramai2. siap berbual2. dgn akak2 kt skolah.haha. mcm kelakar la pulak.
pas tu ade sekali aku nak berak. masuk toilet *tahi bersepah2. aku cuci. baru aku berak jugak. dlm mimpi yg ni. ade muka uda ngn adik aku. 
pas tu ade aku berak kat semak la. kat dalam bilik.

bangun2 tu xde lah rasa nk membuang ke ape.
sbb kalau kite mimpi nak *kencing. kan biasanye sbb kite mmg nak kencing kan.
kalau x diselamatkan. alamatnye ngompol lah. hehe.

so aku pun google la. bukan x nak tanye org2 pandai ke. cume mcm segan la pulak,
lain lah aku mimpi bende comel2 sikit. baru aku tanye. hehe.

ade dua tafsiran yg rata-rata aku baca. 
sumbernya aku tak pasti.

sumber 1. : akan kehilangan sesuatu benda. akan menyingkirkan sesuatu dalam hidup
sumber 2 :  musibah yang melanda akan hilang. 

yang sumber 1 tu mcm x best nak dengar. apetah lagi nk percaya. berderau jugak darah.
ape lagi lah yg nak menimpa aku ni. huhu.
x cukup ke ngan henfon dah rosak. pakai nokia cikai je skrg.
x cukup ke ngn kete rosak. tersadai 2 minggu kat parking tuh. minggu ni org balik kampung pun aku termangu lah kt umah sorang2.

tp yg sumber 2 tu mcm oke sikit. cepat2 lah hilang musibah2 aku ni.
x larat dah rasenye.

tapi bile dok google2 ni. ade jugak mimpi buang air besar ni aka berak ni tanda2 gangguan jin. *spooky oke.
tapi die kan ade buat list byk2 tu kan. so dalam puluh2 tanda tu.
aku cume ade 2,3 je.
antara nye mimpi berak/tahi ni lah.
dgn yg berat jodoh tu. hahaha
*tapi aku rase aku x berat jodoh. sbb masih muda and tak ready lagi pun sebenarnye. ngeh3.

tapi tu je lah tanda2 yg paling hampir.
so, ntah lah. hehe.

ape2 pun. x de lah aku percaya 100%. sampai kene buat mandi bunga ke. masak pulut kuning jamu kat org ke. lalu bawah jambatan ke.
just be prepared je kot.
sbb anything can happen.
malang kan tak berbau. kalau die bau. aku dah lari jauh2 nyorok bawah katil. hehe.

dan juga yakin je lah.
dugaan tu ALLAH mmg akan bagi pada hamba-hamba dia.
lagi2 dgn hamba dia yg byk dosa mcm aku ni.

until next time.
bubye.

:)




dugaan itu hadiah sebenarnya dari ALLAH. 














thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, April 4, 2013

dugaan itu indah.


salam ke atas kamu semua.
aku tak pastilah tajuk tu aku dah penah guna ke tak.
kalau dah penah guna pun xpelah kan.

malam ni cuaca ade sejuk sikit. sbb petang td hujan lebat. selebat lebatnye.
so aku jangka tidur aku malam ni lena.
haha. padahal tiap2 malam lena.

ape aku nk coret ye?
haha. sebenarnye. banyaaaaak.
tp dah naik segan.
bukan ape. balik2 cerita yg sama. kisah yg lebih kurang je.
dr dulu sampai skrg.
pathetic betul. waah speaking kau.

mungkin aku nk share ape yg berlaku kat aku recently kot.
skrg secara rambang.
aku boleh kata hidup aku kacau bilau. huru hara. kucar kacir.
hahaha. 

kucar kacir macam mana maksud aku tu ye?

selepas episod tak jadi dgn abg bola.
jujur aku kata aku sgt2 sedih. sgt2 kecewa.
lebih kecewa dari masa aku putus dgn hairi c tunangan org tu.
sakit die dalam. dan terlalu dalam sampai aku tak terluah kat sape2.
even org dalam umah. even kawan2 baik aku.

bukan sbb aku syg sgt2. tp maybe sbb isu harapan.
harapan yg aku dh bg 100%. harapan yg aku dah bg setulus hati.

kesan dari itu. kehidupan aku berubah.
aku mula jadi pendiam. 
saat aku betul2 bercakap dgn org adalah di sekolah.
itu sahaja.

kat rumah. aku beruk kan diri. eh salah peruk kan diri dalam bilik.
membuat apa-apa je lah kerja yg aku anggap berguna. walaupun hakikatnya aku cume main candy crash sugar.

penah satu hari. dalam satu hari.
atm aku kene block. ic aku hilang. 
selang 2,3 hari.
aku kene saman JPJ. 
saman lagi.
semua gara-gara aku cuai. 

penah aku drive. hampir nk accident.
sbb aku khayal. ntah fikir ape. x pasti.
nasib baik kete depan hon. dan x berlaku apa-apa.
kalau x, arwah agaknye aku. huhu.

isu surat pengesahan lantikan aku tercicir.
sorang2 aku tanggung. xde sape yg tanya khabar.
yelah. masing2 dah lepas.
betul2 jadi sehari lepas aku gaduh besar ngn abg bola.
dugaannye ya ALLAH.

skrg. baru2 ni.
henfon aku rosak. esok nye.
esok nye pagi2 stat kete.
kereta aku pulak rosak.

dah la kewangan aku mmg menduga setiap bulan.
ini tambah lagi dugaan yg mcm ni.

aku perasan skrg. aku mudah blur. mudah x ingat. 
tarikh pun aku tak ingat. jadual kelas yg hari2 tgok pun aku tak ingat.
aku tak pasti aku khayalkan ape.

aku penah cuba untuk bercakap dan meluahkan pada yang hampir.
tp aku faham.
mereka tiada masa.

ada yg baru nak rasa bahagia. rasa indahnya bercinta.
tak kan lah aku nk tambah dgn cerita lapuk putus cinta aku ni.
mungkin ilmu kaunseling aku ni tinggi sgt kot. 
hati dan akal aku dpt detect dgn pergerakan dan gerak geri org yg tidak amik pusing pun dgn ape yg kita cakap. 
so, aku pun ambil langkah bijak. diam kan diri.

ada yg letih ngn isu kerja. balik dah penat. aku faham. 
tak kan lah aku nk tambah penat dgn cerita ketinggalan zaman aku ni.
pun aku ambil langkah selamat. aku diamkan diri.

kawan baik aku jauh. sibuk.
mereka ada hidup dan dunia mereka sendiri.
buat ape nk kusutkan kepala dgn cerita aku yg dari zaman belajar pun dah macam ni.
aku faham. pun aku ambil langkah diamkan diri.

keluarga? hmm mcm dah jd trend la xde feeling2 bila kat umah.
nampak mak ayah je aku rasa puas dan cukup.
tapi itu di rumah. mmg syurga aku.
tapi bila aku balik ke dunia aku.
aku akan jadi aku yang skrg.
bukan aku yg dulu. bukan aku yg aku kenal dulu.

org selalu salah faham.
yelah badan aku besar. muka aku garang.
jadi bila marah, jangan kacau.
tapi bg yg dah kenal.
hati aku sgt kecil. jiwa aku sensitif.
aku marah tak lama. kene pujuknya.
pasti aku cerita. xde rahsia.

aku ingin jadi aku yg dulu. org yg boleh didekati. mesra dan ramah.
tp hati aku skrg betul2 sensitif dgn isu perhubungan.
yg mmg hakikatnya rata-rata dunia sekitar aku sedang merasa nikmat perhubungan itu.
sebelum aku terlepas kata. tertarik muka. dan terngadu apa yang tak patut.
lebih baik aku diam. senyum dan hidup.

tapi yang sebenarnya aku dah serik.
sekali aku kene. sekali cerita aku dilekehkan.
tak mungkin aku akan luah lagi.
tanye lah 1000 kali.
aku tak kan cerita. 

ape2 pun aku faham.
dugaan ni ALLAH nk bg bukan saja2 xde sebab.
mesti ade sebab.

aku yg dah terlalu byk dosa ALLAH nk bg peluang aku bertaubat.
nk bg peringatan. nk bg amaran.
aku dh byk sgt tinggal suruhan die.

dan aku yakin. ini hadiah dari ALLAH sebenarnya.
hadiah untuk aku lebih menghargai diri. keluarga.

aku akan tanamkan dlm hati.
yg duggan itu indah,
jika disambut dengan redha dan syukur.

selesai.
inilah luahan hati aku.
bagi siapa-siapa yang ingin tahu.

bagi yang tak ambil peduli.
aku just boleh cakap terima kasih.

:)




thanks!! with love ; ipa faiza.